NEW YORK – Starbucks membenarkan mana-mana individu duduk di dalam kafe atau menggunakan tandasnya meskipun tidak membuat sebarang pembelian.
Ia merupakan polisi baharu Starbucks selepas insiden penangkapan dua lelaki kulit hitam yang mencetuskan kemarahan orang ramai di cawangannya di Philadelphia bulan lalu.
Syarikat itu mengakui dasar terdahulu adalah longgar.
Starbucks berkata, ia telah memaklumkan kepada para pekerjanya berhubung polisi baharu itu.
“Sesiapa sahaja boleh menggunakan kafe, kaki lima atau tandas tanpa membeli apa-apa, tetapi para pekerjaharus memanggil polis jika ada ancaman keselamatan,” katanya.
Pada 12 April lalu, dua lelaki kulit hitam ditahan semasa menunggu kawan mereka di dalam premis Starbucks.
Salah seorang daripada mereka juga tidak dibenarkan menggunakan tandaas kerana tidak membuat pembelian.
Pekerja Starbucks kemudian menghubungi polis dan kedua lelaki berkenaan ditahan dan dipenjarakan beberapa jam sebelum dibebaskan. – MalaysiaGazette