Home Politik Hishammuddin diminta pertimbang bertanding Presiden UMNO

Hishammuddin diminta pertimbang bertanding Presiden UMNO

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

JOHOR BAHRU – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini diminta mempertimbangkan untuk bertanding bagi jawatan presiden parti itu pada pemilihan akan datang.

Cadangan itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang yang menegaskan itu adalah pendapat peribadi beliau dan beberapa ketua bahagian di negeri ini.

“Kami telah pun ada kata sepakat walaupun ini pendapat peribadi kami.

“Kami minta sangat kepada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mempertimbangkan supaya bertanding bagi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang,” katanya.

Maulizan ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang dipengerusikan oleh ketuanya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.- BERNAMA