Home Nasional Pasukan Khas ditubuhkan untuk manifesto Pakatan Harapan

Pasukan Khas ditubuhkan untuk manifesto Pakatan Harapan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempengerusikan mesyuarat pada hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 22 MEI 2018.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempengerusikan mesyuarat pada hari pertama bertugas di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 22 MEI 2018.

PUTRAJAYA – Kerajaan persekutuan akan menubuhkan Pasukan Khas bagi memastikan janji-janji dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dilaksanakan. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, semua janji yang diutarakan sebelum ini sepatutnya dilaksanakan dalam tempoh 100 hari selepas kemenangan PH.

“Pasukan-pasukan petugas khas ini juga akan memberikan tumpuan khas terhadap inisiatif pembangunan sosial pembangunan wanita dan inisiatif Pakatan Harapan berkaitannya,” katanya yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga pada sidang media pertama di Pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini. 

Penubuhan pasukan khas itu jelasnya, dipersetujui oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika mengadakan perjumpaan pagi tadi.

Antara janji PH melibatkan wanita pada pilihan raya yang lalu adalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).  

“Itu kita mesti kita tunaikan terutama caruman KWSP untuk suri rumah tidak mudah tapi kita mahu pastikan apa mekanisme yang kita digunakan boleh berjaya,” katanya. -MalaysiaGazette