Home Nasional Lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan bersidang pertama kali

Lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan bersidang pertama kali

Kelihatan orang ramai melalui di hadapan bangunan Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2018.
Kelihatan orang ramai melalui di hadapan bangunan Menara Ilham, Jalan Binjai, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 22 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Buat kali pertama sejak dilantik, lima anggota Majlis Penasihat Kerajaan bersidang bersama-sama di Menara Ilham sejak pagi ini.

Sejak 12 Mei lalu, hanya empat anggota yang bersidang tanpa kehadiran Robert Kuok yang sebelum ini berada di Hong Kong.

Empat yang lain ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican dan Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram.

Kuok difahamkan tiba di Kuala Lumpur malam tadi dan berada di ibu negara sehingga Khamis ini.

Hadir dalam sidang hari ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Shahril Ridza Ridzuan, Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh dan Setiausaha Bahagian Kementerian Kewangan, MA. Sivanesan dan pegawai-pegawai Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia.

Bagaimanapun, kesemua mereka enggan mengulas mengenai pertemuan bersama Majlis Penasihat Kerajaan itu.

MalaysiaGazette difahamkan sidang hari ini bagi membincangan mengenai cadangan penghapusan tol dan percukaian. – MalaysiaGazette