Home Nasional Najib tarik balik saman tehadap Rafizi kes fitnah cincin

Najib tarik balik saman tehadap Rafizi kes fitnah cincin

Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Saman terhadap Rafizi Ramli ditarik balik bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib berhubung tuduhan fitnah cincin milik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2015 lalu.

Penarikan balik saman itu disahkan oleh Rafizi yang memuatnaik komen dalam akaun Twitternya selepas dimaklumkan peguamnya, Razlan Hadri berhubung keputusan tersebut hari ini.

“Peguam saya, Razlan Hadri baru telefon memaklumkan DS @NajibRazak dan DS Rosmah Mansur telah menarik balik saman terhadap saya berkenaan isu penghapusan subsidi, cincin dll.

“Ini kes yg sebelum ini bnyk menuduh saya kononnya berkata ‘saya bergurau saja’,” kata Rafizi.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu semasa kenyataan pembelaan mempertahankan kenyataannya dengan mengatakan ia dibuat secara berseloroh.

Saman terhadap Rafizi difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Mac 2015 oleh Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, peguam mewakili Najib dan Rosmah.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah Chan Chee Kong, pemilik portal Mediarakyat.

Dalam pernyataan tuntutan, pasangan itu berkata Rafizi mengucapkan kata-kata fitnah berkaitan kenaikan harga bahan api pada forum di Bandar Tun Razak pada 22 November, 2014.

Najib dan Rosmah berkata ucapan Rafizi dalam video bertajuk “Kenapa kita pertahan subsidi minyak” yang dirakam Mediarakyat, dan Chan atau pembantunya memuat naik di YouTube bagi akses seluruh dunia.

Video itu  juga terdapat di laman Facebook Rafizi. – MalaysiaGazette