Terdapat sesetengah akaun dan laporan mengenai kewangan negara tidak boleh diakses oleh Perbendaharaan dan Jabatan Audit Negara.
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Mohd. Desa dan Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad sendiri ketika memberi taklimat kepada beliau hari ini.