Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Shukri Abdull yang mengatakan ada berjumpa dengan menteri Kabinet berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata ia ‘di luar maklumat’ berhubung dakwaan Shukri yang mengatakan beliau ada berjumpa dan mendesak beberapa menteri untuk mengambil tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Ia diluar maklumat saya. Tidak ada (pertemuan),” kata beliau semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.