Home Nasional Rewcastle Brown masih dalam senarai tidak dibenarkan masuk Sarawak

Rewcastle Brown masih dalam senarai tidak dibenarkan masuk Sarawak

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown masih lagi tersenarai sebagai mereka yang dilarang daripada memasuki negeri ini.
Clare Rewcastle Brown

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown masih lagi tersenarai sebagai mereka yang dilarang daripada memasuki negeri ini.

“Dia masih di dalam senarai itu sejak zaman pemimpin terdahulu. Saya belum membuat keputusan (sama ada menarik balik larangan itu),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian kuih raya kepada pasukan keselamatan, Sumbangsih Kuih Raya 2018, di sini hari ini.

— BERNAMA