TERKINI : “Lembaga 1MDB Akui Syarikat Tak Mampu Bayar Hutang” – Guan Eng

Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan bahawa syarikat itu ‘bankrap’ (insolvent) dan telah tidak mampu membayar hutang.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, bekas Ketua Pegawai kewangannya (CFO), Azmi Tahir juga telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan pada Mac 2018 menyatakan 1MDB tidak berupaya membayar faedah yang tarikh akhir pembayaran pada April dan Mei 2018.