Home Sukan Salah tetap berpuasa sebelum final Liga Juara-Juara

Salah tetap berpuasa sebelum final Liga Juara-Juara

Mohamed Salah nekad mahu berpuasa penuh sepanjang Ramadan ini.
Mohamed Salah nekad mahu berpuasa penuh sepanjang Ramadan ini.

LONDON – Bulan Ramadan tidak menjadi penghalang buat penyerang berbisa Liverpool, Mohamad Salah apabia dia tetap akan berpuasa semasa aksi final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid pada awal pagi Ahad ini.

Venue perlawanan itu diadakan hanya setengah jam sebelum aksi sepak mula mengikut waktu berbuka puasa di Kiev, Ukraine.

Pemain kebangsaan Mesir itu dikatakan hanya akan menjamah sedikit makanan dan minuman sebelum perlawanan penting tersebut berlangsung.

Salah bernekad mahu berpuasa penuh sepanjang Ramadan ini.

“Sudah tentu saya akan berpuasa. Saya akan berpuasa selama 30 hari. Semua kejayaan ini ditakdirkan kepada saya atas perintah Allah,” katanya yang dilapor oleh metro.co.uk.

Liverpool terselamat daripada menjadi mangsa kebangkitan Roma apabila melangkah ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun, 3 Mei lalu.

Walaupun tewas 4-2 dalam separuh akhir kedua, namun Reds meneruskan kemaraan menerusi agregat 7-6. – MalaysiaGazette