Home Dunia PM Belanda singkatkan lawatan kerana MH17

PM Belanda singkatkan lawatan kerana MH17

Mark
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte

AMSTERDAM – Susulan penemuan terbaharu berhubung tragedi MH17, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte memendekkan lawatannya ke India bagi menghadiri mesyuarat kabinet pada Jumaat bagi membincangkan perkara tersebut dalam satu inkuiri.

Yayasan Bencana MH17 yang mewakili keluarga mangsa meminta kerajaan Belanda mengambil tindakan undang-undang ke atas Rusia.

“Ia mesti dibawa ke muka pengadilan,” kata salah seorang ahli lembaga persatuan tersebut, Peit Ploeg yang dipetik televisyen NOS.

Sebuah Pasukan Penyiasat Bersama yang terdiri dari Australia, Belgium, Malaysia, Netherlands dan Ukraine sedang mengumpulkan bukti untuk melaksanakan pendakwaan jenayah ke atas tragedi yang menimpa pesawat berkenaan.

Panglima Tentera Ukraine yang juga salah seorang ahli pasukan penyiasat, Vasyl Hrytsak memberitahu Reuters, satu lagi langkah penting di dalam kes ini adalah untuk menunjukkan pesalah yang telah mengeluarkan arahan untuk menggerakkan sistem misil berkenaan.

Lembaga Keselamatan Belanda memutuskan pada Oktober 2015 bahawa MH17 telah ditembak oleh sebuah peluru berpandu buatan Rusia. – Agensi