Home Nasional Mat Sabu berbuka puasa bersama lebih 2,000 warga ATM

Mat Sabu berbuka puasa bersama lebih 2,000 warga ATM

Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu (tengah) dan isterinya, Normah Alwi beramah mesra dengan anak-anak yatim sambil diiringi Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (dua kiri) dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim (kiri) pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Pertahanan di Masjid Khalid Al-Walid, Padang Tembak, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 25 MEI 2018

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan yang baharu, Mohamad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu berbuka puasa bersama  warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebentar tadi.

Majlis berbuka puasa yang diadakan buat julung kali bagi mengalu-alukan kedatangan Mat Sabu dan isterinya, Normah Alwi turut dihadiri lebih 2,000 warga ATM di Masjid Khalid Al-Walid, Kementah Jalan Pdang Tembak.

Sejak mula bertugas sebagai Menteri Pertahanan pada 22 Mei lepas, majlis ini merupakan acara rasmi pertama yang dihadiri oleh beliau bersama warga ATM.

Sejurus selepas solat magrib, Mat Sabu turut menyampaikan sumbangan raya kepada 30 nak yatim dan anak asnaf daripada Rumah Kasih Hasanah, Ampang.

Antara yang hadir hari ini termasuk Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor  dan isterinya, Puan Seri Norlida Abdul Mubin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohd Radzi serta isteri, Datin Seri Zahrah Che Hussain.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. pandai2 lah bang mat bawa diri dinegeri orang. banyak perkara kena belajar . janji kasih didapat hormat dijunjung

Comments are closed.