KUALA LUMPUR – Gerakan Belia 4B seluruh Malaysia hari ini membuat lawatan mengejut ke rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Taman Duta di sini.
Presidennya, Mohd Nizam Omar yang mengetuai lawatan seramai 20 orang itu berkata, tujuan lawatan tersebut adalah untuk merakamkan ucapan terima kasih kerana menjadi penaung gerakan itu.
“Kami ucap terima kasih kepada Datuk Seri yang sebelum ini merupakan penaung kita.
“Tidak ada (topik lain yang dibincangkan),”katanya kepada pemberita selepas pertemuan selama sejam dengan Najib.
Nizam berkata, menjadi kelaziman penaung Gerakan Belia 4B adalah pemegang jawatan Perdana Menteri.
“Perdana Menteri dia penaung Gerakan Belia 4B sekarang,” katanya yang memaklumkan Najib sebelum ini menjadi penaung hampir 10 tahun. – MalaysiaGazette