Home Sukan Juventus tidak berhasrat lepaskan Douglas Costa

Juventus tidak berhasrat lepaskan Douglas Costa

Douglas Costa pemain antarabangsa Brazil
Douglas Costa akan kekal di Juventus musim ini.

TURIN – Walaupun sejak akhir-akhir ini Douglas Costa dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain, Juventus menetapkan untuk tidak melepaskan pemain itu pada musim ini.

Laporan terbaharu di Itali juga mendakwa kelab itu tidak mahu melayan sebarang tawaran dari mana-mana kelab di Eropah.

Manchester City dan Manchester United adalah antara kelab terbesar England yang sedang mengintai khidmat pemain antarabangsa Brazil itu.

Pep Guardiola serius dan menyatakan kesediaan menguji Juventus dengan menawarkan dana kira-kira €80 juta Euro untuk mendapatkan khidmat Costa.

Bagaimanapun, kelab itu sudah menegaskan Costa bukan untuk dijual walaupun ia sepatutnya mempertimbangkan tawaran lumayan sebegitu.

“Maaf, kami tidak berniat menjual bintang (Costa) Juventus. Dia bukan untuk dijual pada bila-bila masa,” menurut kelab itu. – MalaysiaGazette