Home Dunia Tempahan hotel Singapura dibuka semula

Tempahan hotel Singapura dibuka semula

Kim Jong-un dan Donald Trump

SINGAPURA – Selepas Presiden Donald Trump membatalkan pertemuannya dengan Kim Jong-un yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada 12 Jun ini, anggota polis di negara itu dibenarkan untuk mengemukakan permohonan cuti.

Beberapa hotel yang sebelum ini telah menutup tempahan yang ditetapkan untuk agensi-agensi pelancongan telah membuka semula tempahan bilik.

Jika pertemuan kedua-dua pemimpin itu berlaku, beratus-ratus pekerja diperlukan termasuk kakitangan awam, anggota berkuasa, kakitangan kedutaan Amerika Syarikat dan kakitangan industri hotel.

Akreditasi media daripada pihak Amerika Syarikat dan Singapura yang dijangka menghadiri persidangan itu juga telah dimukakan.

Meskipun ketidaktentuan berlangsung pertemuan di Singapura sejak dua minggu lalu, namun hotel-hotel di Singapura tidak terjejas dengan kehilangan pendapatan.

Trump telah membatalkan pertemuannya dengan pemimpin Korea Utara pada bulan depan, menurut satu surat yang dihantar kepada Jong-un oleh White House.

Pertemuan itu bagi membincangkan mengenai halangan penggunaan senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Sebelum ini, dunia menyifatkan pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu sebagai satu sejarah diplomatik.

Trump ketika menjelaskan keputusan itu berkata, langkah itu merupakan satu penangguhan luar biasa” dan memberi amaran kepada Korea Utara bahawa tentera Amerika Syarikat bersedia untuk bertindak sekiranya Pyongyang mengambil tindakan “bodoh dan melulu”. – MalaysiaGazette