KUALA LUMPUR – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diagihkan kepada para penerimanya pada bulan depan.
Pembayaran itu akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menerusi Twitternya.
Kata beliau, maklumat lanjut mengenai akan diumumkan pada minggu depan.
Sebelum ini Perdana Menteri berkata, kerajaan akan mengkaji pemberian BR1M untuk memastikan hanya penerima yang layak sahaja mendapatnya.
Bagaimanapun, BR1M terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan yang akan mengekalkan bantuan itu untuk golongan B40.
Pengekalan BR1M untuk golongan B40 adalah salah satu daripada janji manifesto Pakatan Harapan pada pilihan raya umum lalu.
Setakat 31 Mac lalu, Kementerian Kewangan telah meluluskan sebanyak 7,084,726 permohonan bagi menerima BR1M 2018.
Jumlah itu merangkumi bantuan RM1,200 kepada 3,705,853 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Sebanyak 324,973 penerima isi rumah yang berpendapatan bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 pula menerima agihan RM900 dan bantuan RM450 kepada 3,053,900 penerima individu yang berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM6.12 bilion.
Jika mengikut jadual asal, bayaran BR1M sepatutnya diagihkan pada bulan depan dan Ogos nanti. – MalaysiaGazette