PUTRAJAYA – Satu laporan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung salah guna kuasa pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa berlangsunglah Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14), 9 Mei lalu.
Menurut, Presiden Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan), Asre Buang, laporan itu dibuat terhadap pegawai kanan ATM dan Ketua Pengarah kerana mendapati anggota tentera dipaksa untuk membuang undi kepada kerajaan memerintah ketika itu, Barisan Nasional.
“Kami ingin membuat satu laporan terhadap pegawai kanan tentera yang salahgunakan kuasa dalam PRU14. Mereka yang terlibat ini terdiri daripada Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Ketua Pengarah Midas, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran.
“Saya mohon supaya SPRM dapat buat siasatan terhadap pegawai akan tentera yang salah gunakan kuasa sewaktu PRU14.
“Kita tidak mahu anggota tentera dilibatkan secara terus kepada parti. Kita mahu angkatan tentera bebas daripada menyokong mana-mana parti. Tidak ada paksaan kepada anggota bawahan,” demikian menurut beliau.
Asre bersama 20 ahli Pahlawan hari ini membuat laporan tersebut disebabkan beberapa maklumat yang diperoleh mereka berhubung salah guna kuasa berkenaan.
“Kami ingin membuat satu laporan terhadap pegawai kanan tentera yang salahgunakan kuasa dalam PRU14. Mereka yang terlibat ini terdiri daripada Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Ketua Pengarah Midas, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran,” katanya lagi.
Malah menurut Setiausaha Agungnya Husnal Azahari, Pahlawan mendesak agar satu tindakan berat diambil oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada perkara ini terutama pegawai yang didapati beri tekanan kepada anggota semasa PRU14.
“Ada jumlah duit yang diterima tetapi kita tidak akan sebut. Ini termasuk keterlibatan bekas Perdana Menteri sendiri.
“Juga ada paksaan oleh pegawai kanan tentera di mana mereka perlu jalankan tugas menggunakan aset negara untuk tujuan berkempen bagi BN,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Husnal berkata, lebih tujuh pegawai kanan ATM dinamakan sebagai individu yang dipertanggungjawabkan dalam salah guna kuasa antaranya Panglima Angkatan Tentera. -MalaysiaGazette