Home Politik Hadi puji DAP, sedia kerjasama jika ditawar

Hadi puji DAP, sedia kerjasama jika ditawar

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Abdul Hadi Awang memuji tindakan parti DAP yang matang apabila tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Presiden Pas itu berkata ia suatu perkembangan yang positif apabila parti komponen Pakatan Harapan itu tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menyentuh berhubung hak masyarakat Islam walhal mengetahui mereka tidak berhak untuk bercakap mengenainya.

“Saya harap ini diteruskan. Hak orang Islam, biar orang Islam yang bercakap. Mereka boleh bela hak bagi kaum mereka sendiri dan Islam tak ganggu hak mereka,” kata beliau semasa wawancara dalam Astro Awani hari ini.

Beliau juga menyatakan tidak bermasalah untuk Pas bekerjasama sekiranya veteran DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghulurkan tangan kepadanya.

“Ya, kita terima semua. sebab itu saya memperkenalkan konsep taawun, kerjasama ke arah yang baik, tidak bekerjasama bagi perkara yang tidak baik,” katanya.

Pada 3 Jun 2015, Dewan Ulama Pas Pusat sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan kerjasama politik dengan DAP pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke-54 yang berlangsung di Gombak, Selangor.

Pas juga tidak menyertai Pakatan Harapan semasa PRU14 lalu sebaliknya menubuhkan gabungan pembangkang lain dikenali sebagai Gagasan Sejahtera. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. What hypocricy and snaky “matured PAS policy”?
    AHadiUwang is a leader with no principle nor an ideology that he adheres to…he is a selfish opportunist that is skilled in persuading his supporters and members to believe in his rhetorical promises and hallucinations!
    A man more prone to disruption in the faith and society!

  2. Leave him and his Party alone.Is better for them to bark outside the Coulition.They never stick to the Aspirit decore

  3. Tidak ada musuh abadi dlm hidup ini kecuali Iblis. Semua orang boleh jadi teman dan menjalin hidup damai adalah upaya yg baik.

  4. akhlak sebenar seseorang tu terlihat bila dia ada diatas..sebelum pru14, bagaimana sombong dia ni…siap perlekeh kejadian mata lebam..segala jenis nama binatang keluar dari mulut busuk tu.. bila dah kalah, kata kata manis tu ibarat takde nilai.

Comments are closed.