Home Nasional SPR cuba kalahkan calon PH, kata Tun M

SPR cuba kalahkan calon PH, kata Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mustahil bagi perdana menteri sebelumnya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu akan transaksi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwanya dalam wawancara baru-baru ini.
Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA – Tindakan yang sewajarnya berlandaskan undang-undang akan dikenakan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dipercayai menipu pada pilihan raya baru-baru ini.

Kata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Mahathir Mohamad, bukan sekadar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapati wujudnya penipuan yang dilakukan demi memastikan calon-calon daripada gabungan Pakatan Harapan sebelum ini kalah.

“Kita akan kumpul kes-kes dengan hasilnya adalah kita punya asas atau tidak. Tetapi sudah tentu tindakan sesuai yang akan diambil mengikut undang-undang.

“Kita mendapat laporan-laporan berkenaan dengan pilihan raya kes-kes penipuan yang dilakukan oleh SPR yang menyebabkan beberapa daripada calon kita kalah ada,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PPBM sebentar tadi.

Jelas Mahathir, menerusi perbincangan mesyuarat parti tersebut yang berlangsung lebih kurang 3 jam berkenaan hasil ‘bedah siasat’ Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mendapati penipuan yang dilakukan termasuklah penukaran peti undi dan jumlah undi rosak yang disifatkannya tidak munasabah.

Namun Tun M tidak menyatakan jumlah kerusi Parlimen atau sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terlibat dalam penipuan.

“Ada datang peti undi lain sebelum itu kita menang peti undi lain datang kita kalah.

“Ada kes undi rosak berlaku sampai 700-800 undi rosak tidak akanlah orang Malaysia ini bodoh sangat tapi itulah sebabnya prestasi kita tidak begitu baik,” ujarnya lagi.

Walaubagaimanalun, ketika ditanya adakah beliau akan mengambil tindakan terhadap Pengerusi SPR Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah, Tun M yang juga Perdana Menteri berkata ia bergantung kepada kes-kes boleh mendakwanya berlandaskan undang-undang.

“Saya faham dia mahu meletakkan jawatan. Tapi kalau ada kes yang mendakwanya tindakan akan diambil berdasarkan undang-undang yang sesuai,” katanya lagi.-MalaysiaGazette