Home Politik Kerajaan pertimbang kaji semula BTN, agensi pro BN

Kerajaan pertimbang kaji semula BTN, agensi pro BN

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM sambil diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muyiddin Yassin (kiri) di Ibu Pejabat PPBM, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 MEI 2018

PETALING JAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan untuk mengkaji semula semua agensi kerajaan yang ditubuhkan semata-mata demi kepentingan politik dan memberi manfaat semata-mata kepada Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, agensi kerajaan terbabit termasuk Biro Tata Negara (BTN) yang didakwanya wujud bukan untuk memupuk semangat patriotisme sebaliknya hanya menggunakan dana kerajaan untuk membiayai parti.

“Semua ini akan dikaji kemungkinan kita mengekal atau mansuhkan. Banyak badan (agensi kerajaan) yang kita dapati ditubuh bukan untuk kerajaan tapi untuk parti BN.

“Tetapi mereka menggunakan wang kerajaan untuk bayar gaji,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), di Yayasan Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad lalu yang menggesa Kerajaan PH memansuhkna BTN kerana ia hanya unit propaganda politik untuk menyemai semangat perkauman.

Nik Nazmi berkata, BTN hanya merosakkan rakyat Malaysia kerana menghasut orang Melayu supaya membenci kaum lain.

BTN adalah sebuah agensi kerajaan Malaysia di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan pada 1974 sebagai Unit Penyelidikan Belia di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan namun ia telah dijenamakan semula dan dipindahkan pada 1981. – MalaysiaGazette