Home Politik Bekas ahli UMNO boleh sertai PPBM

Bekas ahli UMNO boleh sertai PPBM

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga kiri) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM diiringi Presiden PPBM, Tan Sri Muyiddin Yassin (kiri) dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (dua kiri) di Ibu Pejabat PPBM, Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 28 MEI 2018

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempertimbangkan mana-mana ahli UMNO yang mahu menyertai parti itu. 

Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, permohonan terlebih dahulu disusuli dengan peletakan jawatan sebagai ahli UMNO dan pengumuman pendirian terhadap gabungan Pakatan Harapan secara keseluruhannya. 

“Kebanyakan perbincangan pada hari ini tertumpu kepada masalah-masalah selepas pilihan raya iaitu kita dapati orang ramai sekarang ini berminat menyertai PPBM kebanyakan mereka ahli-ahli UMNO.

“Kita tentukan mereka boleh menyertai parti kita setelah mereka isytihar keluar dari UMNO jadi bebas dan menyatakan pendirian mereka terhadap PH barulah kita boleh pertimbang kemasukan mereka,” katanya pada sidang media hari ini.

Sebelum ini, Tun M berkata, selepas Pakatan Harapa menubuhkan kerajaan menewaskan UMNO-Barisan Nasional (BN) berkata ahli parti itu tidak akan diterima untuk menyertai gabungan itu. -MalaysiaGazette

+ posts