KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Shahidan Shahidan Kassim tetap dengan pendirian untuk tidak memohon ampun berhubung kenyataannya terhadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak pernah melakukan kesalahan terhadap Baginda berhubung kenyataan mempersoalkan terma ‘murka’ yang dibangkitkan para wartawan dalam sidang media di PWTC minggu lalu.
“Buat apa saya nak minta maaf, bukannya saya buat salah. Kalau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nak minta maaf terpulang tapi bukan saya,” katanya memetik laporan The Malaysian Insight.
Shahidan pada Khamis lalu menyeru Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri itu.
Ia selepas kemurkaan Raja Perlis itu terhadap ADUN BN yang enggan menghadiri upacara angkat sumpah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
“Apa itu murka? Anda bagi tahu saya apa itu murka? Apa makna murka? Ini bahasa-bahasa yang diperindahkan demikian rupa.
“Kalau raja murka itu soalan anda, saya tak faham apa makna murka. Saya ikut perlembagaan dan raja hendaklah melantik,” katanya yang membuat sidang media minggu lalu dengan dihadiri 9 ADUN BN negeri itu.
Oleh yang demikian, BN Perlis katanya tetap mempertahankan pendirian bahawa parti itu tidak pernah bersetuju dengan pelantikan Azlan Man sebagai Menteri Besar.
“Sekarang ini dalam proses sebab hujah kita tindakan melantik Azlan tidak selari dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perlis di mana calon menteri besar perlu mendapat sokongan majoriti.
“Dalam kes ini Azlan tak dapat sokongan majoriti,” katanya lagi. -MalaysiaGazette
Ini contoh orang yang angkuh. Tak cukup ke apa yang dah dikaut masa jadi MB dulu? Tak cukup ke jadi menteri federal sebelum ini? Nak control lagi ke negeri Perlis yang kecil ini? Memang patut UMNO kalah. Orang pun dah meluat reject pemimpin-pemimpin tak sedar diri macam ini.
Mati kena sambar petir la ko SK kena daulat Sultan.
Ego yg melampau.. berlagak, sombong, bongkak..