Home Dunia Tempoh visa untuk warga China ke AS dipendekkan

Tempoh visa untuk warga China ke AS dipendekkan

Gambar hiasan

WASHINGTON – Kerajaan Amerika Syarikat merancang untuk memendekkan tempoh visa yang dikeluarkan kepada sesetengah warga negara China mulai 11 Jun.

Di bawah dasar baru ini, pegawai konsulat Amerika Syarikat boleh mengehadkan tempoh sah visa, bukan seperti amalan biasa yang mengeluarkannya untuk tempoh maksimum yang mungkin, menurut laporan AP.

Bagaimanapun, Jabatan Negara belum mengulas mengenai laporan tersebut.

Perubahan itu dilaksanakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump itu ada kairan dengan kecurian harta intelek Amerika Syarikat oleh China.

Ia melibatkan penguasaan Beijing dalam sektor pengilangannya.

Rakyat China yang memohon visa memerlukan pelepasan khas dari pelbagai agensi Amerika Syarikat jika mereka bekerja sebagai penyelidik atau pengurus di sebuah entiti yang dalam senarai Jabatan Perdagagan Amerika Syarikat.

Kelulusan itu dijangka mengambil masa berbulan bagi setiap permohonan.

Selasa lalu, Washington berkata, ia masih menimbangkan untuk mengenakan 25 peratus tarif daripada AS$ 50 bilion barang-barang China sebagai tindakan balas terhadap apa yang dikatakan pentadbiran Trump adalah amalan perdagangan tidak adil oleh China. – MalaysiaGazette