Home Ekonomi Harga minyak dunia bercampur-campur

Harga minyak dunia bercampur-campur

TOKYO – Harga minyak bercampur-campur pada awal perdagangan Asia hari ini berikutan kebimbangan Arab Saudi dan Rusia akan mengeluarkan lebih banyak minyak mentah di pasaran.

Arab Saudi dan Rusia telah membincangkan peningkatan pengeluaran minyak OPEC dan bukan OPEC sebanyak 1 juta tong sehari untuk mengatasi kekurangan bekalan dari Venezuela dan Iran.

Minyak mentah Brent turun AS$0.01 sen pada AS$ 75.38 setong pada 0015 GMT, selepas meningkat sebanyak AS$0.09 semalam.

West Texas Intermediate pula naik AS$0.13 kepada AS$66.86 setong.

Penganalisis Credit Suisse berkata, walaupun pengeluar Rusia dan OPEC meningkatkan pengeluaran, kemungkinan sebanyak 500,000 tong sehari tetapi jumlah inventori bahan bakar di negara-negara yang paling maju kurang daripada purata lima tahun menjelang akhir tahun 2018.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dijangka bermesyuarat di Vienna pada 22 Jun ini. – MalaysiaGazette