Home Ekonomi Tony Fernandes disiasat polis India kerana rasuah

Tony Fernandes disiasat polis India kerana rasuah

Tony Fernandes

NEW DELHI – Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, sedang disiasat oleh polis India kerana didakwa memberi rasuah untuk mempengaruhi dasar tempatan.

Biro Penyiasatan Pusat India (CBI) telah menamakan Fernandes dan pegawai-pegawai lain daripada AirAsia Bhd dan unitnya di India dalam siasatan, kata seorang sumber.

Tuduhan yang dikemukakan oleh CBI itu mendakwa Fernandes dan yang lain menyuap pegawai India melalui orang tengah untuk mempengaruhi dasar, termasuk mendapatkan permit penerbangan dan kelulusan untuk terbang di peringkat antarabangsa.

Surat dan panggilan kepada Fernandes tidak mendapat maklum balas, sementara seorang jurucakap berkata, beliaua tidak dapat ditemuinya.

Siasatan itu menimbulkan ketidakpastian terhadap rancangan pengembangan AirAsia.

Fernandes telah mengenal pasti India sebagai salah satu tonggak utama impian Pan- Asia untuk menguasai sebahagian pasaran yang dikuasai oleh syarikat penerbangan berpangkalan di Teluk dan Air India.

Dengan unit India, beliau merancang lebih banyak penerbangan domestik dan operasi antarabangsa pada awal tahun depan.

Saham syarikat susut sebanyak 2.4 peratus dalam dagangan di Bursa Malaysia hari ini.

Unit AirAsia di India menafikan salah laku dan bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa, kata pengarahnya, Shuva Mandal.

Syarikat itu telah memulakan prosiding jenayah dan sivil terhadap bekas ketua pegawai eksekutif pada tahun 2016 dan berharap dapat membawa “resolusi awal kepada semua isu tersebut,” kata Mandal.

Unit tempatan syarikat penerbangan tambang murah itu sebelum ini disiasat di India.

Pada bulan Februari lalu, selepas siasatan ke atas pemilikan dan kawalan dibuat, Ketua Pengarah Penerbangan Awam di New Delhi berkata, permit penerbangan tetap sah dan perjanjian pelesenan jenama tidak ‘melupuskan pemilikan besar dan kawalan yang berkesan” oleh warga negara India.

Selepas lebih daripada satu dekad perbincangan, pada 2016 India membatalkan peraturan yang hanya memberikan lesen antarabangsa kepada syarikat penerbangan dengan operasi domestik selama lima tahun dan memiliki sekurang-kurangnya 20 pesawat.

Peraturan baru membolehkan syarikat penerbangan terbang ke luar negara jika mereka menggunakan 20 pesawat atau 20 peratus kapasiti, yang mana lebih tinggi, pada laluan tempatan.

Kelonggaran dibuka untuk sekutu tempatan AirAsia dan Singapore Airlines Ltd. untuk memulakan penerbangan di luar negara lebih cepat.

AirAsia India, yang dikawal oleh konglomerat Tata Sons Ltd. dan pengarah tempatan dengan pegangan51 peratus, telah melonggarkan tender untuk memajak sebanyak 40 pesawat Airbus SE A320.

Syarikat penerbangan itu berikrar untuk menghapuskan kerugian tahunannya tahun ini.

Fernandes telah menubuhkan sekutu di Indonesia, Thailand, India, Jepun dan Vietnam untuk memanfaatkan pertumbuhan trafik di rantau ini.

AirAsia telah menempah beratus-ratus pesawat berjumlah berbilion dolar daripada Airbus SE untuk memenuhi rancangan peluasannya dan sedang dalam proses menjual unit pajakan pesawat untuk meraih lebih banyak wang tunai.

India, pasaran penerbangan utama dunia yang paling pesat berkembang di dunia, menjadi tumpuan utama untuk AirAsia, sebagai kelas pertengahan yang baru muncul dengan pendapatan boleh yang mencukupi untuk kali pertama.

Fernandes telah bercakap tentang potensi Tawaran Awam Permulaan untuk unit itu, yang boleh meningkatkan nilai syarikat induknya dengan AS$ 200 juta, menurut Crucial Perspective, pakar dalam ekuiti pengangkutan Asia, pada bulan Januari lalu. – MalaysiaGazette