Dewasa ini capal menjadi rebutan dan pilihan ramai pasangan pengantin bahkan ia juga menjadi ‘trend’ baru untuk dipadankan dengan pakaian Baju Melayu ketika musim perayaan.
Bagi pembuat capal, Abdul Wahab Syamaruddin yang lebih dikenali sebagai Zahar Capal mengakui bagi memastikan industri pembuatan capal terus berkembang, beliau akur dengan kehendak pasaran semasa yang mahukan sesuatu yang lebih moden.