Home Ekonomi Tabung Harapan diuruskan oleh Kementerian Kewangan

Tabung Harapan diuruskan oleh Kementerian Kewangan

Kakitangan beberapa syarikat milik kerajaan dipercayai masih lagi menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kewangan untuk kelulusan bagi pembayaran bonus.

KUALA LUMPUR – Rakyat yang ingin menyalurkan derma kepada kerajaan bagi menangani kedudukan hutang negara boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, tabung itu ditubuh dan diuruskan oleh kementeriannya.

Katanya, derma dan sumbangan yang boleh dihulurkan adalah dalam
bentuk mata wang tempatan (ringgit Malaysia) sahaja.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Malayan Banking Berhad 566010626452. – MalaysiaGazette