LONDON – Marko Arnautovic muncul menjadi sasaran mengejut Jose Mounrinho selepas pengurus Manchester United itu melihat aksi bintang skuad Austria itu berhadapan dengan Rusia semalam.
Mourinho dikatakan berminat dengan ketinggian dan penampilan bertenaga penyerang itu sebagai persediaan pilihan untuk menggantikan Romelu Lukaku.
United hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan terakhir mereka pada musim ini selepas Lukaku mengalami kecederaan di buku lali.
Nilai Arnautovic, 29, dianggarkan kira-kira £40 juta (RM212 juta) selepas menampilkan aksi cemerlang bersama di West Ham musim ini, meskipun kelabnya memberitahu dia bukan untuk dijual.
Mourinho menyaksikan Austria mengalahkan tuan rumah Piala Dunia Rusia dengan keputusan 1-0. – MalaysiaGazette