Home Nasional  Guan Eng umum langkah kurang beban hutang negara

 Guan Eng umum langkah kurang beban hutang negara

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebulat suara komited dalam memastikan hutang negara tidak terus meningkat daripada RM1 trilion.

Berikutan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan bebanan hutang negara.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan dapat melaksanakan setiap janji dalam tempoh 100 hari, sebaliknya mengikut keperluan bagi memastikan negara tidak terus terbeban selepas itu.

Namun demikian, PH juga komited untuk menunaikan ‘Janji 100 Hari’ bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjaga walaupun terpaksa menanggung hutang kerajaan terdahulu.

Antara yang akan dilaksanakan termasuk:

  1. Penstabilan harga runcit petrol dan diesel

Harga runcit petrol RON95 dan diesel akan dikekalkan pada harga semasa iaitu masing-masing pada kadar RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter manakala harga runcit petrol RON97 akan dikekalkan pada harga semasa RM2.47 liter sehingga 6 Jun walaupun cukai barang dan perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar. Bermula 7 Jun, harga runcit petrol RON97 akan ditetapkan berdasarkan harga pasaran dan disemak secara mingguan setiap Khamis mengikut mekanisme ‘managed float’.

  1. Pelaksanaaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi menggantikan GST

Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018 akan dibentangkan di Parlimen sebaik sahaja selesai Perbahasan Titah Diraja di dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang Parlimen Ke-14.

  1. Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia

Pembayaran tersebut akan melibatkan hampir 4.1 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.6 bilion yang mana bayaran itu akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.

  1. Diskaun tol lebuh raya sebanyak 50 peratus dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri

Pengecualian tersebut merupakan insentif tambahan selepas kerajaan menetapkan kadar sifar ke atas GST mulai 1 Jun depan.

  1. Siaran langsung Piala Dunia 2018

Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia 2018 tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM30 juta yang sebahagian akan ditaja melalui pendapatan pengiklan.

  1. Penubuhan Tabung Harapan Malaysia

Tabung Harapan Negara telah mengumpul sehingga lebih RM7 juta setakat 4 petang ini.

  1. Bantuan Khas Aidilfitri untuk penjawat awam dan pesara

Peruntukan RM700 juta disediakan bagi bonus raya berjumlah RM400 untuk dibayar untuk penjawat awam Gred 41 dan ke bawah sementara RM200 kepada pesara.

  1. Kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan 2018

Susulan pengumuman GST kadar sifar bermula 1 Jun, hasil kerajaan akan berkurangan sebanyak RM21 bilion namun peningkatan minyak dunia (purata AS$70 setong), jangkaan kenaikan hasil berkaitan minyak sebanyak RM5.4 bilion. Kerajaan telah kenalpasti langkah penjimatan pebelanjaan sebanyak RM100.0 bilion antaranya perbelanjaan meliputi pengecilan, penangguhan serta pemansuhan program serta projek bertindah dan tidak mendesak. – MalaysiaGazette