Home Ekonomi ADAM50 diteruskan – PNB

ADAM50 diteruskan – PNB

Abdul Wahid Omar dan Datuk Abdul Rahman Ahmad beramah mesra bersama media pada Majlis Berbuka Puasa PNB Bersama Media di PNB Perdana On The Park, Kuala Lumpur. foto AFIQ RAZALI, 31 MEI 2018.
KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd. (PNB) akan meneruskan insentif khas Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi Bajet 2018.
Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, tidak ada keperluan insentif itu dihentikan walaupun kerajaan telah bertukar pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.“ADAM50 akan diteruskan,” katanya ringkas dan enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa PNB bersama media di  PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur di sini hari ini.

Abdul Wahid diminta mengulas masa depan ADAM50 berikutan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang kini sedang mengkaji semula projek dan dasar kerajaan BN.

Menerusi pembentangan Bajet 2018, kerajaan telah mengumumkan setiap anak Malaysia yang lahir antara 1 Januari tahun ini sehingga tahun 2022, akan dihadiahkan dana tabung­an permulaan sebanyak RM200.

Dalam pembentangan itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini disalurkan menerusi unit amanah saham PNB.

Dalam pada itu, Abdul Wahid turut merakam penghargaan kepada pihak media yang banyak membantu PNB menjadi masyarakat celik pengetahuan kewangan. – MalaysiaGazette