Home MGNews TERKINI : Tabung Harapan Sudah Mencapai 7 juta – Guan Eng

TERKINI : Tabung Harapan Sudah Mencapai 7 juta – Guan Eng

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melahirkan rasa syukur tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia atas keprihatin mereka menderma kepada Tabung Harapan yang kini sudah mencecah lebih RM7 juta setakat jam 4 petang.

Jelas beliau, keprihatin oleh rakyat Malaysia terhadap penubuhan tabung ini sebenarnya luar biasa kerana jumlah yang begitu banyak dapat dikutip daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam tempoh begitu singkat.