TERKINI : “Tiada Rekod Musa Aman dan Jamal Yunos ke Luar Negara” – Imigresen

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan tiada rekod bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos meninggalkan negara ini.

Mengikut rekod terkini, Jabatan Imigresen tiada aktiviti keluar negara oleh kedua-dua individu yang disenaraihitamkan untuk meninggalkan negara ini.