LANGKAWI – Kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah lebih teruk daripada yang disangkakan sebelum ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.
Katanya, kerosakan-kerosakan ini telah menyulitkan usaha-usaha Pakatan Harapan untuk menunaikan 10 janji pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari.
“Kita mencapai kemenangan yang membawa bebanan yang besar. Sebelum itu kita tidak tahu setakat mana kerosakan itu,” katanya semasa berucap di majlis berbuka puasa bersama rakyat Langkawi di Masjid Al-Hana di sini.
Ini merupakan majlis pertama rasmi Tun Mahathir di sini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
Tun Mahathir sendiri memenangi kerusi Parlimen Langkawi dalam pilihan raya itu dengan majoriti 8,893 undi menewaskan calon BN, Datuk Ir Nawawi Ahmad dan calon PAS, Zubir Ahmad. – Bernama
Nak Kencing kencing lagi, bau jee belum tersebar. Dah terlebih dewasa, awak bukan budak budak lagi, dah diberi amanah tapi tak tunai janji, alasan di bagi dah basi. BN teruk sebab tu bagi PH, cuba jadi berani Kalau bagus, apa saja cabaran boleh di atasi bukan salah pemerintah sebelum ini. Sekarang masa bukti diri boleh tadbir lebih baik dan tepati janji bukan tunjuk tidak upaya diri untuk mungkir janji.