Home Politik MCA tak buat kerja masih dapat jawatan

MCA tak buat kerja masih dapat jawatan

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menempelak Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menuding jari kepada UMNO selepas kekalahan parti itu pada pilihan raya baru-baru ini.
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menempelak Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menuding jari kepada UMNO selepas kekalahan parti itu pada pilihan raya baru-baru ini. 

Untuk rekod Ka Siong merupakan satu-satunya calon MCA yang menang dalam PRU14.

Menyifatkan MCA gagal menjalankan tanggungjawab untuk meyakinkan pengundi Cina, Tajuddin menegaskan Ka Siong tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak lagi menanggung kesilapan UMNO. 

“Bagi tahu Wee Ka Siong saya rasa tidak adil dia keluarkan kenyataan seperti itu sebab apa yang berlaku bukan sebab UMNO kami buat kerja bersungguh-sungguh kami bekerja untuk MCA dan kaum Cina.

“Masalahnya MCA tidak dapatkan yakinkan kaum Cina pengundi itu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ka Siong semasa ditemuramah okeh Sin Chew Daily baru-baru ini. 

Tajuddin berkata, MCA masih menerima jawatan dan bantuan termasuklan peruntukan walaupun tidak bekerja setanding dengan UMNO. 

“Ini Wee Ka Siong dah kalah baru berani nak cakap dulu tak berani . Macam-macam kita bagi lepas tu kalah PRU13 lantik lagi jadi menteri. 

“Apa lagi yang MCA nak, mereka ini tidak buat kerja tau tak yang buat kerja Wanita UMNO siang malam,” jelas beliau. 

Sementara itu, mengulas keputusan kerajaan Pakatan Harapan menamakan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, Tajuddin selaku Ahli Parlimen Pasir Salak mengingatkan agar parti itu mencalonkan individu  bebas dan tidak mengikut telunjuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. 

“Jangan pula Peguam Negara yang boleh jadi orang suruhan Perdana Menteri pula, dulu kata kita macam-macam Tan Sri Mohamed Apandi Ali ikut kerajaanlah .

“Sekarang pastikan calon yang dikemukakan itu ialah orang yang tidak akan mengikut telunjuk, orang yang bebas,” katanya.  

Tommy Thomas, satu-satunya calon yang dikemukakan oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menjadi pertikaian Majlis Raja-Raja.-MalaysiaGazette