Home Nasional Kerajaan umum gaji minimum swasta Ogos ini

Kerajaan umum gaji minimum swasta Ogos ini

Sebuah jawatankuasa akan dibentuk minggu depan bagi meneliti berhubung peletakan jawatan tiga anggota pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), susulan dakwaan bahawa RM300 juta milik tabung itu disalahgunakan.
Sebuah jawatankuasa akan dibentuk minggu depan bagi meneliti berhubung peletakan jawatan tiga anggota pengarah Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF), susulan dakwaan bahawa RM300 juta milik tabung itu disalahgunakan.

KUALA LUMPUR – Kadar gaji minimum baharu untuk pekerja swasta dalam proses semakan.

Jika ia mendapat kelulusan dan persetujuan, kerajaan akan mengumumkan selewat-lewatnya pada bulan Ogos tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berkata, Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara (JTPGN) telah selesai melaksanakan proses Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016, sebagaimana diperuntukan dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732).

“Saya dimaklumkan JTPGN bersedia membentangkan syor kadar gaji minimum baharu kepada Majlis Perundingan Gaji Negara untuk membincang dan membawa satu syor kadar gaji minimum kepada Jemaah Menteri.

“Majlis dijadual mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini bagi meneliti hasil Kajian Semula Perintah Gaji Minimum 2016 termasuk mempertimbangkan syor kadar gaji minimum baharu dan beberapa perkara lain.

“Kementerian akan menyediakan Memorandum Jemaah Menteri bagi satu keputusan yang dibuat oleh kerajaan,” katanya.

Kulasegaran menambah, kesemua ini adalah bertepatan seperti yang termaktub dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Pakatan Harapan dalam manifestonya berjanji untuk menyamaratakan gaji minimum seluruh negara. – MalaysiaGazette