Home Sukan Final Piala AFF: Indonesia belum selamat

Final Piala AFF: Indonesia belum selamat

Indonesia kini sebelah kaki untuk menjuarai Piala Suzuki AFF buat kali pertama apabila menewaskan juara bertahan Thailand 2-1 pada aksi final pertama di Bogor, Indonesia, malam semalam.

Bagaimanapun, Garuda perlu mengekalkan sekurang-kurangnya keputusan bagi mempertahankan kelebihan itu apabila beraksi pada final kedua di Bangkok, Sabtu ini.

Ia adalah kali kelima Indonesia beraksi pada pentas final kejuaraan utama Asia Tenggara itu, namun tidak belum pernah memenangi ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu setakat ini.

Beraksi di Stadium Pakansari, penyerang sensasi Thailand Teerasil Dangda terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah apabila menyumbat gol pembukaan perlawanan pada minit ke-33.

Skuad kendalian Kiatisuk Senamuang kemudian mula menguasai permainan tetapi Indonesia mula bangkingt dalam usaha menjuarai kejohanan itu buat kali pertama terutamanya di depan 30,000 penyokong sendiri.

Ia jelas terbukti apabila Rizky Pora meledak jaringan penyamaan pada minit ke-66 sebelum Hansamu Yama memastikan stadium kembali bergema apabila meledak gol kemenagan lima minit kemudian.