Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan siri nombor pendaftaran kenderaan khas ‘Malaysia’ sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-61.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pengenalan nombor pendaftaran khas itu bertujuan memupuk semangat kecintaan kepada negara selaras dengan tema Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu ‘Sayangi Malaysiaku’.
Menurut beliau, tawaran bidaan nombor itu melibatkan 10,000 siri bermula daripada Malaysia 1 sehingga Malaysia 9999.