Home Utama Tommy dapat perkenan jadi Peguam Negara

Tommy dapat perkenan jadi Peguam Negara

Tommy Thomas
Tommy Thomas

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang dikeluarkan awal pagi ini oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Surat yang sama turut mengampuni perkenan penamatan khidmat Tan Sri Apandi Ali dari jawatan yang sama oleh Kerajaan Malaysia.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelantikan Tommy dipersetujui oleh pimpinan kerajaan Pakatan Harapan.-MalaysiaGazette