Home Dunia Rusia rancang hidupkan kembali pengeluaran An-124

Rusia rancang hidupkan kembali pengeluaran An-124

Pesawat Antanov, A-124.
Pesawat Antanov, A-124.

MOSCOW – Rusia merancang menyambung semula pengeluaran pesawat terbesar kargo dunia, Antonov, An-124.

Pesawat yang direka pada tahun 1980an itu kini merupakan sebahagian daripada Antonov Group di Ukraine tetapi Rusia mendakwa ia mempunyai hak terhadap pesawat itu, lapor RT.

Rancangan untuk mengeluarkan semula pesawat itu masih lagi dibincangkan tetapi tentera Rusia menyatakan pesawat tersebut bukan hak intelek Ukraine.

“Pesawat dalam kelas super heavy seperti An-124 mempunyai permintaan tinggi di seluruh dunia. Dua pertiga daripadanya dibuat di Ulyanovsk di Rusia dan pada hari ini keutamaan ialah mengekalkan supaya ia beroperasi.

“Jika kita mengatakan mengenai penyambungan semula pengeluaran, ia terlalu sukar untuk dilakukan tetapi ia adalah tugasan yang boleh diselesaikan,” kata Naib Presiden United Aircraft Coprtoratin (UAC) untuk pengankutan udara, Aleksey Rogozin

Pesawat yang bakal dinaik taraf itu mungkin menggunakan jenama baharu memandangkan ia mengalami pengubahsuaian yang besar bagi memenuhi keperluan moden.

“Perlatan elektronik, rekaan casis, enjin baharu. Ia beradasarkan An-124 tetapi ia adalah pesawat lain,” kata seorang ahli Suruhanjaya Presiden Rusia mengenai pembangunan penerbangan, Yury Sytnik.

Pesawat An-124 merupakan salah sebuah pesawat terbesar dunia denga kapasiti mengangkut kargo yang besar.

Pesawat itu melakukan penerbangan sulung pada Disember 1982. Pelanggan terbesar An-124 ialah Angkatan Aeroangkasa Rusia (16 pesawat) dan syarikat kargo Rusia, Volga-Dnepr (12 pesawat).

Antonov Design Bureau ditubuhkan pada 1946 di Novosibirsk, Rusia. Pada 1952 syarikat tersebut dipindahkan ke Kiev, Ukraine. – Agensi

+ posts