Home Dunia 62 terkorban letusan gunung berapi Guatemala

62 terkorban letusan gunung berapi Guatemala

Gunung berapi Fuego.
Gunung berapi Fuego.

MEXICO CITY – Bilangan angka korban letusan gunung berapi di Guatemala meningkat kepada 62 orang, kata seorang pegawai di negara Amerika Tengah itu.

Bagaimanapun, hanya 13 mangsa telah dikenal pasti setakat ini, menurut seorang jurucakap Institut Sains Forensi Guatemala, Mirna Zeledon kepada Reuters.

Letusan gunung berapi Fuego pada Ahad lalu merupakan letusan terkuat dalam tempoh lebih empat dekad menyebabkan lapangan terbang antarabangsa Guatemala ditutup dan debunya menutupi beribu-ribu hektar ladang kopi yang terletak di lereng gunung itu. – Agensi