Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mula mengeluarkan nama peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah disenaraihitamkan sebelum ini dari sistem kawalan Imigresen secara berperingkat mulai 1 Jun lalu.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mengikut rekod, sebanyak 433,708 nama peminjam PTPTN yang disenaraihitamkan sejak tahun 2000 sehingga 23 Mei lalu. Kata beliau, daripada jumlah itu, sebanyak 265,149 nama peminjam telah dibatalkan sehingga semalam dan bakinya, 168,289 lagi dijangka selesai dikeluarkan sepenuhnya dari senarai jabatan pada 15 Jun ini.