Home Nasional Manogaran dakwa orang Asli dirasuah

Manogaran dakwa orang Asli dirasuah

Calon Pakatan Harapan N.02 Jelai, Dr Abdul Rashid Mohamed Ali (kiri) bersama Calon Pakatan Harapan P.078 Cameron Highland, M Manogaran (tengah) dan Calon Pakatan Harapan N.01 Tanah Rata, Chiong Yoke Kong (kanan) menujukkan surat bantahan keatas Barisan Nasional ketika penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Pusat Penamaan Calon P.078 Caameron Highlands di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Pahang. foto AQIRA AZEMI, 28 APRIL 2018

KUALA LUMPUR – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran memfailkan petisyen bagi mencabar keputusan PRU-14 lalu.

Manogaran, 59, memfailkan permohonan itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini semalam melalui Tetuan Kumar Associates dengan dakwaan dakwaan bahawa masyarakat Orang Asli diberi rasuah.

Beliau menamakan Ahli Parlimen Cameron Highlands mewakili Barisan Nasional (BN), C Sivarraaj sebagai responden.

Manogaran mendakwa, Sivarraaj dan Menteri Besar Pahang yang baharu, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai menjalankan kempen bersama.

Menurutnya, Wan Rosdy memperkenal Sivaraj kepada pengundi daripada masyarakat Orang Asli yang sejak dulu kurang mempercayai orang luar.

Manogaran mendakwa pelbagai aktiviti dilakukan sejak lima tahun lalu di kawasan itu dan masyarakat Orang Asli sendiri memberi jaminan dan komitmen bahawa mereka akan mengundi beliau.

Bagaimanapun, Manogaran sebagai pempetisyen mendakwa masyarakat Orang Asli menukar undi mereka akibat perbuatan rasuah responden.

Beliau mendakwa responden dan Wan Rosdy bertemu serta memberi rasuah antara RM30 hingga RM1,000 kepada Tok Batin bagi memastikan mereka menyokong BN.

Wan Rosdy didakwa memberi wang RM200 kepada Tok Batin yang hadir sebagai ‘duit rokok’.

Wan Rosdy juga didakwa merasuah mereka dengan alat muzik dan mengugut akan memberhentikan peruntukkan kerajaan yang diberikan kepada Orang Asli sebagai dorongan mengundi BN.

Semua tindakan itu didakwa bertentangan dengan Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.-MalaysiaGazette