KUALA LUMPUR- Ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low serta Pengarah SRC International Sdn. Bhd. (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil diminta tampil membantu siasatan berhubung isu yang melibatkan syarikat berkenaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM dalam kenyataannya berkata, Nik Faisal, 47, memiliki kad pengenalan bernombor 710304-10-6303 mempunyai alamat terakhir di No 17, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor dan No 19, Jalan Tun Teja 35/16, Alam Impian, Shah Alam Selangor.
Manakala Jho Low yang memiliki kad pengenalan bernombor 811104-07-5701 mempunyai alamat terakhir di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
“Sehubungan itu juga, SPRM meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali kedua-dua individu berkenaan agar menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Kanan Pesuruhjaya Rosli Husain di talian 03-88700529 atau 010-3187757, emel kepada [email protected] atau mana-mana Pejabat SPRM terdekat,” katanya.
SRC merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sebelum diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.-MalaysiaGazette