Kerajaan Pas Terengganu berpuashati apabila Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk bayar royalti minyak secara terus kepada kerajaan negeri.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, negeri itu akan dibayar sekurang-kurangnya lima peratus royalti minyak dan tarikh pembayarannya akan ditentukan kemudian.
Beliau turut memaklumkan, jumlah yang sama akan turut dinikmati oleh Sabah dan Sarawak.