Home Nasional Pelajar tahfiz tak boleh jadi ustaz semata-mata

Pelajar tahfiz tak boleh jadi ustaz semata-mata

Kementerian Pendidikan sedang menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan penyelewengan dalam penberian kontrak pembekalan tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.
Kementerian Pendidikan sedang menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan penyelewengan dalam penberian kontrak pembekalan tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menawarkan kerjasama antara sekolah tahfiz dengan Kolej Komuniti dalam memastikan pelajar pengajian al-Quran itu mendapat kemahiran lain untuk menjamin kebolehpasaran apabila tamat pengajian kelak.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, meskipun sekolah-sekolah tahfiz di luar bidang kuasa kementeriannya namun kerjasama boleh dilakukan untuk memberi latihan kemahiran tambahan kepada pelajar mereka.

“Pihak kementerian merasakan bertanggungjawab melihat kelangsungan pendidikan di Malaysia dan cuba berikan input terbaik kepada rakyat untuk selari maju dengan Malaysia di masa akan datang.

“Melalui kolej komuniti milik KPM kita akan cuba menawarkan kerjasama dengan mana-mana pusat tahfiz untuk melatih pelajar mereka dengan kemahiran yang diperlukan seperti kemahiran industri, perniagaan dan pembuatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Maszlee juga berkata, langkah itu untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar tahfiz yang berpotensi diketengahkan sebagai salah satu cabang untuk mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan tidak terhadap kepada pengajian al-Quran sahaja.

“Ini bagi memastikan bahawa potensi setiap anak- anak belajar di pusat tahfiz tidak hanya terperuk di masjid jadi imam atau ustaz semata-mata.

“Kita yakin mereka mempunyai potensi menjadi usahawan dan para peniaga berjaya. Kami tawarkan melalui kolej komuniti pelbagai kursus untuk memberi latihan kalau mereka sudi.

“Kerjasama dua hala bukan paksaan dan terpulang kepada sekolah tahfiz dan para pelajarnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette.