Home Utama Bunyikan hon sebagai teguran di jalan raya

Bunyikan hon sebagai teguran di jalan raya

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melihat pameran yang terdapat pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-20 di Plaza Tol Sungai Besi, Arah Selatan, Seri Kembangan, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 08 JUN 2018.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke melihat pameran yang terdapat pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-20 di Plaza Tol Sungai Besi, Arah Selatan, Seri Kembangan, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 08 JUN 2018.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia perlu mengamalkan budaya keselamatan jalan raya dengan membunyikan hon kereta kepada mana-mana pengguna jalan raya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurutnya, budaya hon kereta itu dapat digunakan sebagai langkah menegur oengguna kenderaan lain yang melanggar  peraturan di jalan raya. 

“Kita kena ada budaya baharu atas jalan raya dengan bunyikan hon kepada pesalah jalan raya yang contohnya langgar lampu isyarat, keluar haluan tapi tidak semua berani melakukannya takut diugut,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena pelancaran Kemoen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-20 2018 di Tol Sungei Besi hari ini.

Anthony bagaimanapun mengakui ianya akan mendapat sedikit halangan apabila wujud kebimbangan kepada pengguna jalan raya yang membunyikan hon akan menimbulkan pergaduhan. 

Namun tambahnya,  penerimaan semua pengguna jalan raya perlu positif terhadap budaya baru itu demi menjamin keselamatan jalan raya menjadi keutamaan setiap individu. 

Ia tambah beliau, merupakan salah satu langkah yang boleh dilakukan selain daripada penganjuran kempen dan program kesedaran dan didikan daripada rumah oleh ibu bapa. 

“Kerjasama orang ramai atau pengguna jalan raya perlu bermula dengan mendisiplin dan mendidik ahli yang terdekat jadi saya menyeru ibu bapa dan ahli keluarga mendapati memandu dengan bahaya tegurlah,” katanya lagi. 

Terdahulu beliau memaklumkan  terkini sebanyak 28 juta kenderaan berdaftar dalam negara pelbagai kategori dan Jumlah itu akan meningkatkan pengguna jalan raya.

Terdahulu Anthony meminta penganjur yang menjemputnya untuk hadir ke mana-mana program tidak perlu menggunakan sistem waiting time (masa menunggu) kepada hadirin.

Beliau berkata demikian apabila dikatakan perlu menghadiri majlis pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha Ke-20 pada pukul 10 pagi namun hadirin sebaliknya dijemput pada pukul 9 pagi.

Beliau tidak suka membuang masa orang lain semata-mata semata-mata demi menunggu ketibaannya dan memulakan program sebaliknya pihak penganjur boleh menetapkan masa ketibaan yang sama untuknya dan hadirin.- MalaysiaGazette