Home Nasional Pekema kumpul RM1 juta untuk Tabung Harapan

Pekema kumpul RM1 juta untuk Tabung Harapan

Pengerusi Yayasan PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman (duduk tengah) bersama penerima sumbangan raya pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018
Pengerusi Yayasan PEKEMA, Datuk Zainuddin Abd Rahman (duduk tengah) bersama penerima sumbangan raya pada Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Yatim dan Miskin 2018 Anjuran Yayasan PEKEMA di Mydin Mall Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 09 JUN 2018

SUBANG JAYA – Menyokong mana-mana kerajaan yang memerintah, Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) memaklumkan sedang mengumpul dana untuk didermakan kepada  Tabung Harapan Malaysia.

Kata Presidennya Datuk Zainuddin Abdul Rahman, badan bukan kerajaan (NGO) itu menyasarkan  untuk mengumpul RM1 juta untuk tempoh sehingga perayaan Hari Raya Aidilfitri sebelum ia diserahkan kepada kerajaan. 

 “Kita pun simpati dengan apa yg berlaku hari ini. Ada yang kata kita sokong Barisan Nasional (BN) tapi kita menyokong kerajaan yang memerintah.

“Jumlah kumpulan untuk didermakan untuk Tabung Harapan disasarkan RM1 juta sampai raya nanti,” ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika sidang media di program ‘Shopping Raya’ anjuran Pekema untuk anak yatim, pelajar sekolah tahfiz dan fakir miskin di sini hari ini.

Pada 30 Mei yang kalu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatbir Mohamad mengumumkan pembentukan Tabung Harapan Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia membantu mengurangkan beban hutang negara.

Selepas 10 hari ditubuhkan, tabung tersebut kini mengumpul lebih RM50 juta. 

Menurut Kementerian Kewangan, jumlah yang dikutip setakat pada jam 3 petang hari ini adalah RM52,216,682.08.-MalaysiaGazette