Home Sukan Lapan pemain dilepaskan dari Old Trafford

Lapan pemain dilepaskan dari Old Trafford

the Red Devils
Lapan pemain bakal meninggalkan Old Trafford setelah disahkan pengurus pasukan Jose Mourinho semalam.

ENGLAND – Manchester United mengesahkan lapan pemain dari skuad kesebelasan utama akan dilepaskan serta merta.

Menurut kelab itu, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada enam pemain lagi untuk rundingan kontrak baharu.

Kelab itu dalam satu laporan tahunannya melibatkan senarai pemain dalam laman web rasmi Liga Perdana Inggeris sekali gus mengesahkan lapan pemain bakal meninggalkan Old Trafford.

Michael Carrick mendahului senarai apabila telah bersara setelah 12 tahun mencipta legasi bersama kelab itu.

Bekas bintang Tottenham Hotspurs itu akan menyambung kariernya bersama Jose Mourinho sebagai jurulatih pasukan akademik kelab bawah 23 tahun.

Carrick satu-satunya pemain Man United yang diberi amanat untuk menggalas misi tersebut.

Penjaga gol berusia 19 tahun, Max Johnstone juga dilepaskan kelab manakala pemain pemain pertahanan bawah 23 tahun Joe Riley yang telah memeterai perjanjian berhijrah ke Bradford City.

Pemain tengah Devonte Redmond yang telah dipinjamkan kepada Scunthorpe United musim lalu juga dibenarkan keluar bersama dengan seorang lagi penjaga gol termuda, Theo Richardson.

Theo hanya menyertai the Red Devisl musim lalu.

Bintang tengah Belgium, Marouane Fellaini yang akan tamat kontrak akhir Jun ini belum bersetuju dengan sebarang penyambungan kontrak.

Pengurus kelab Jose Mourinho menjelaskan dia mahu pemain itu kekal di Theatre of Dreams.

Fellaini bagaimanapun mencari kelab baharu musim depan dengan Arsenal memasang jerat untuk memerangkap khidmat pemain berusia 30 tahun itu.

Manakala kontrak Daley Blind, Luke Shaw, Juan Mata, Ashley Young dan Sam Johnstone kesemuaya dilanjutkan kontrak setahun lagi.- MalaysiaGazette