SINGAPURA – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sudah tiba di Singapura, kata menteri luar negara itu melalui Twitter.
“Selamat datang Kim Jong-un, yang baru tiba di Singapura,” kata Vivian Balakrishnan yang menunjukkan gambarnya berjabat tangan dengan Jong-un yang memakai kaca mata dan pakaian suit hitam.
Jong-un berada di Singapura untuk satu pertemuan bersejarah dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jun ini. – MalaysiaGazette