Home Seni Hidup Sheila Majid manis berhijab

Sheila Majid manis berhijab

Sheila Majid dipuji netizan kerana kelihatan anggun memakai hijab tanpa sebarang solekan di wajahnya.
Sheila Majid dipuji netizan kerana kelihatan anggun memakai hijab tanpa sebarang solekan di wajahnya.

KUALA LUMPUR – Tindakan ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid memuat naik gambarnya bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat perhatian netizen.

Penghibur berusia 54 yang berpeluang berbuka dan menunaikan solat tarawih bersama perdana menteri itu dipuji kelihatan anggun memakai hijab tanpa sebarang solekan di wajahnya.

“Alhamdulillah dapat berbuka puasa & berterawih dengan Tun Mahathir lagi. Looking good Sir! May Allah SWT bless you with abundance of good health & keep you safe (Semoga Allah SWT memberkati anda dan memberi kesihatan yang baik & menjaga anda dengan selamat. #janganjealous” tulisnya di Instagram.

Rata-rata netizen menyifatkan penyanyi lagu Sinaran itu lebih sopan dan berharap terus mengekalkan penampilan sedemikian.

Sheila mengayakan jubah dan tudung berwarna hitam pada sebuah majlis berbuka puasa tersebut.

Pada masa sama, penyanyi itu turut memuat naik foto bersama isteri perdana menteri iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.